Salam Ukhwah Fillah Abadan Abada

Foto saya
Salam..nama yg diberi Najihah Amalina bt Rusdi..lahir di Kuala Lumpur dan membesar di Sungai Buloh,Selangor..umur??haha..anda semua yg tentukan dr segi sy menulis blog..apa pon,ahlan wasahlan to my blog.. ;)

Ahad, 17 Oktober 2010

Adakah suara wanita itu aurat?

salam semua..kita selalu shj keliru dgn isu2 yg berkaitan dgn agama bukan??disini ana ada melayari stu laman web yg mana menyatakan suara wanita itu bukanlah aurat kerana Raulullah s.a.w sendiri membenarkan para sahabat baginda berkata2 dgn isteri baginda disebalik tirai...dan bknlah aurat bgi suara seseorang wanita itu selagi suaranya tidaklah seperti manja,mendesah kerana ia akan menimbulkan syahwat....


Dalil-dalil tentang Aurat Wanita
(i) Batasan aurat wanita 
Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini berlandaskan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,

Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [TMQ An-Nur (24):31].

Yang di maksud “wa laa yubdiina ziinatahunnaa” (janganlah mereka menampakkan perhiasannya), adalah "wa laa yubdiina mahalla ziinatahinnaa", maksudnya janganlah mereka menampakkan tempat-tempat (anggota tubuh) yang di situ dikenakan perhiasan. [Lihat Abu Bakar Al-Jashshash, Ahkamul Qur`an, Juz III hal.316].

Selanjutnya, kalimah “illa maa zhahara minhaa” [kecuali yang (biasa) nampak darinya], ini bermaksud, ada anggota tubuh yang boleh dinampakkan iaitu wajah dan kedua telapak tangan. Demikianlah pendapat sebahagian sahabat, seperti Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan juga Aisyah [Al-Albani, 2001:66].

Ibnu Jarir Ath-Thabari (wafat 310H) menjelaskan dalam kitab tafsirnya, Jami Al-Bayan fi Tafsir Al-Qur`an Juz XVIII ms 84, mengenai apa yang di maksud “kecuali yang (biasa) nampak darinya (illaa maa zhahara minha)”, katanya, pendapat yang paling mendekati kebenaran adalah yang mengatakan bahawa, yang dimaksudkan (dalam ayat di atas) adalah wajah dan dua telapak tangan. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan